WORLD OF 3D SHAPES
Tuesday 6 November 2012
Saturday 3 November 2012
Apakah KSSR
KURIKULUM
Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan
menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta
menghadapi cabaran abad ke-21.
Pelaksanaan
KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi
persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata
pelajaran bahasa Inggeris.
KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.
KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.
Standard
Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau
petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
standard kandungan.
Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran.
Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran.
Apakah
perbezaan KSSR dengan KBSR?
KSSR
adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian,
Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan
Teknologi serta Keterampilan Diri.
KSSR
menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca,
Menulis, Mengira dan Menaakul).
KBSR
adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia
dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan
Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M
(Membaca, Menulis dan Mengira)
Adakah
terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
Dalam
KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua
disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi
pengurusan kurikulum lebih berkesan.
Mengapa
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?
Sains
tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada
literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala
Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas
disiplin ilmu Sains.
Adakah
murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?
Tidak.
Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat
murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi
bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti
menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar
lain yang sesuai.
Apakah
usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
KPM
menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan
KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada
laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpkhttp://www.moe.gov.my/bpk
atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283.
Subscribe to:
Posts (Atom)